CAHAYA CINTA MAMA

CAHAYA CINTA MAMA

YA ALLAH YA TUHAN KU AMPUNKAN SEGALA DOSAKU DULU KINI DAN SELAMANYA

YA ALLAH YA TUHAN KU AMPUNKAN SEGALA DOSAKU DULU KINI DAN SELAMANYA
Beri lah hambaMu ini petunjuk kejalan Mu yang benar...

Sunday, April 4, 2010

salam kenkawan..lama gak tak up date blog ni...dh abis idea la pulak...hehehe...tapi bila buka blog umi annis naik lak semangat nak berceloteh kat blog acik ni...tapi nak tulis apa lak ari ni yer...
Cuma tahniah pada umi annis kerana ingin menjadi bidadari di syurga..memang impian yang cukup berat utk dicapai tapi jika kita ada usha kearah itu isyaAllah dia tak mustahil dapat dicapai...memang mengkagumkan...ramai wanita diduniakan inginkan impian nak kaya raya..hidup senang lenang...org kata syurga dunia lah...
Acik ni lagi lah tinggi impian..dua2 syurga nak..dunia dan akhirat..dah tentu susah nak dapat...sebab tak ada ciri2 langsung..kah..kah..kah...hampeh...tapi tak salah berimpian ye tak..sekadar nak sedap kan hati je..hahaha...kalau kita boleh dapat dua2 sekali alangkah bagusnya..maknanya kita berjaya didunia dan akhirat...memang muslimah sejati lah tu..siapakah yang mendapat nye ye....alangkah bertuahnya wanita itu...dah tentulah suaminya juga seorang suami yang beriman dan bertakwa kerana berjaya membimbing seorang isteri kejalan Allah dan seterusnya menjadi bidadari syurga...SubhanAllah....
Kadang2 isteri sgt2lah beriman..taat dan setia...apa2 pun nak buat yang terbaik utk suami tersayang...walaupun susah nak lafazkan kata2 cinta dan syg pada suami..tapi sanggup berkorban apa saja utk suami...kerana kata2 cinta bukan sahaja perlu dilafazkan tetapi juga boleh diluahkan perbuatan atau dengan cara mengambil berat kepada pasangan kita...tetapi apakah semua pasangan akan faham apa yang kita buat utk mereka...apakah mereka dapat menilai kasih syg kita itu walaupun kita dah hidup bersama berpuluh2 tahun...kalau mereka faham..taklah ada kecurangan atau ketidak setiaan...mencari yang lain dan melihat mereka lebih baik dari isteri yang telah dihalal dan diamanahkan oleh Allah kepada mereka....tidak ada isteri yang sempurna...tapi kenapa suami tidak boleh menerima isteri seadanya sebagaimana isteri menerima suami seadanya....????..Ini lah persoalan yang sukar utk dijawab....
Itu lah pentingnya IMAN...jika Iman penuh didada...sudah pasti perasaan takut pada hukuman Allah tebal dijiwa....maka tiada lah kecurangan dan kepincangan dalam sesebuah rumahtangga yang di bina...sebuah rumahtangga memerlukan perkongsian antara satu dgn yang lain..saling percaya mempercayaan..berkasih sayang dan saling lengkap melengkapi...bukan menghukum sebelum diadili....jika semua itu telah tiada...apalah erti sebuah rumahtangga...ibarat nasi tanpa lauknya..ibarat irama tanpa lagunya...ewah2..berfalsampah lah pulak acik petang ni...huhuhu...renung2kan...

2 comments:

  1. Salam,

    Tuhan menduga kita, sejauh mana kesabaran dan keimanan kita. ujian demi ujian, dugaan demi dugaan.Pastinya titik nokhtahnya nanti walau tak bahagia di dunia akan mendapat di akhirat kelak. Wallahualam, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Hidup ini hanya sementara, akhirat juga kekalnya. Sentiasa bersyukur dan sabar atas apa yg diberi Tuhan, byk hikmah yg tersembunyi tanpa kita sedari.

    Kita rasa orang lain lebih berbahgia tapi dugaan mereka lebih berat dr kita... Hidup tak lari dr dugaan/ujian cuma caranye berbeza...

    ReplyDelete